****TiadApaYangMustahilAsalkanBerpanduPadaMataFikiranBukanMataHAti****

TiadApaYangMustahilAsalkanBerpanduPadaMataFikiranBukanPAdaMataHati

Sunday, 18 March 2012

pengkalan hulu

Pengkalan Hulu nama tempat tumpah darahku... masa aku studi dulu kat UKM selalu orang tertanya-tanya kat mana la terletaknya Pengkalan Hulu...so jawapan aku Pengkalan Hulu ni kat atas Gerik..ermmm..cian aku kan.. jenuh nak xplain kat bdk2 yg baru nak kenal dunia...ye la nama pun pelik Pengkalan Hulu..Hulu sangat la.. sebenarnya dulu nama tempat ni Keroh atau Kroh amek nama sempena air sungai yang sangat keruh bila banjir.. bila YB Tajul Rosli jd ADUN sini tukar nama jadi Pengkalan Hulu..

Dalam Pengkalan Hulu ni ada banyak kampong cam Kuak Luar ( ni la kampong aku yang best 4 eva), Kuak tengah, Kuak Hulu, Air Panas, Selarong, Tasek, Simpang Pulai, Kg.Baru, Padang Tamat. kampung2 cini pun wujud sbb ada ceritanya.. Tok aku ada gtau yang dulunya Pengkalan Hulu ni masih hutan dan ada 3 org sekawan datang dari patani Thailand dan nak buka petempatan kat cini.. yang diberitahu kat saya nama 3 sekawan tu adalah Kuak, Tasek dan sorg ni aku xtau huhu.. Kuak Ni dipanggil Tok Kuak org melayu dia yang bukak petempatan di Kuak Luar, Tengah dan Hulu dan Tok Tasek lak org siam so bukak kg kat kg Tasek scr xlangsung nama2 kg tu amek dari nama 2 org tok tu la..yg kawan sorg lagi tu aku xtau...huhu..

kat Pengkalan Hulu ni ada gak Pengajian Pondok. selalu org panggil pondok PakTeh..
Sebenarnya Pengkalan Hulu ni adalah kawasan Hitam walaupun telh merdeka... zaman mak aku kecik2 era 60-an tu komunis pun ada lagi.. mak aku penah cer la pernah nmpak komunis ni lalu ikot sungai.. tapi xleh wat pe la hanya leh tgk je la...

Saturday, 17 December 2011

sayang

Myspace Graphics

i love u

Myspace I Love You Graphics

Tuesday, 26 July 2011

Ringkasan dan soalan pemahaman PMR

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang keistimewaan bandar Batu Pahat . Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Bandar Batu Pahat juga dikenali sebagai Bandar Penggaram, sempena nama Bukit Penggaram yang dibuka atas titah perintah Sultan Johor pada peghujung abad ke-19. Bandar Penggaram merupakan bandar baharu yang mengalami pertumbuhan pesat. Bandar ini dilengkapi dengan segala prasarana asas. Kemudahan ini menarik para peniaga dan pedagang ke sini.
Di pinggir Bandar Batu pahat pula terdapat banyak kilang industri kecil dan sederhana. Di antara industri yang tersohor ialah tekstil. Maka tidak hairanlah jika banyak orang datang ke sini, iaitu dari Melaka hingga ke Singapura untuk membeli belah bahan tekstil. Tidak jauh dari pusat bandar pula terdapat sebuah pelabuhan kecil yang terletak di muara Sungai Batu Pahat. Pelabuhan ini menjadi pusat perdagangan. Kebanyakan barang dagangan diimport dari kepulauan Sumatera yang merangkumi kayu balak, kelapa, dan getah.
Bandar Batu Pahat mempunyai panorama yang indah. Selain keindahan alam semula jadi, terhias permai sungai dan lembah di Sungai Batu Pahat dan dua cabang anak sungai di sebelah hulu yang terletak di kawasan Simpang Kanan dan Simpang Kiri. Para pengunjung lebih terpesona melihat Gunung Banang dan Gunung Soga yang menghiasi latar belakang daerah Batu Pahat.
Peneroka awal Batu Pahat ialah orang Melayu, Jawa, Banjar dan Bugis. Apabila semakin banyak penduduk ke sini, maka imigran Cina dan India pula menyusul tiba. Orang Jawa dibawa masuk untuk bekerja di ladang kopi dan getah. Orang Cina pula berniaga dan berdagang. Selain itu, mereka juga menanam gambir dan lada serta membuka lombong.
Batu Pahat banyak menyimpan sejarah suka dan duka. Antara peristiwa yang menggembirakan ialah lahirnya Pergerakan Melayu Semenanjung Johor pada tahun 1945. Di Batu Pahat juga pernah berlaku peristiwa berdarah yang menyayat hati semasa Perang Dunia Kedua berlaku.

Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan berikut menggunakan perkataan anda sendiri.
1. Apakah maksud rangkai kata terhias permai ?

2. Jelaskan keindahan alam semula jadi di Batu Pahat

3. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan untuk menarik minat pelancong berkunjung ke sesuatu tempat?

Monday, 25 July 2011

Mokke's Blog: soalan peribahasa (tingkatan 4)

Mokke's Blog: soalan peribahasa (tingkatan 4)

soalan peribahasa (tingkatan 4)

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat tersebut.

1)       i-  Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira,  tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.
ii-  Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.
iii- Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.

2)       i- Sherin sekadar mendengar leteran ibunya tetapi tidak pernah menghiraukan kata kata ibunya itu..
ii- Semua kerja yang dibuat oleh Mun Chew ala kadar sahaja dan tidak dilakukannya dengan bersungguh-sungguh.
iii- Puan Anisa selalu menceritakan keburukan jiran-jirannya, sedangkan tingkah lakunya yang buruk tidak disedarinya

3)       i- Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar setiap hari dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat menguasai pelajaran setanding dengan rakan-rakan di kelas cemerlang.
ii- Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran lelaki yang mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri.
iii- Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan kehilangan jawatan yang sedia ada.

4)       i- Sikap tergesa-gesa pasti mengundang mala petaka jika tidak berhati-hati ketika berada di jalan raya. Ingatan inilah yang perlu disematkan dalam minda para pemandu, penunggang dan pengguna jalan raya.
ii- Duit raya yang diterima oleh kanak-kanak wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan cara menyimpannya di dalam bank untuk masa depan mereka. Amalan menabung merupakan satu tindakan yang baik dan mengajar seseorang berjimat cermat.
iii- Aktiviti bergotong-royong yang dilakukan oleh. penduduk kampung tersebut berjaya menarik penyertaan lebih 150 penduduk pelbagai peringkat umur. Aktiviti seumpama ini merupakan satu titik permulaan bagi menyemai nilai murni di samping dapat mengukuhkan hubungan semangat kejiranan sesama mereka.

5)       i- Kehidupan Pak Ali sebagai penarik beca roda tiga di bandar itu amat daif, lebih-lebih lagi orang ramai semakin kurang menggunakan perkhidmatannya. Namun, dia enggan mencari kerja lain dan tidak yakin boleh membuat kerja lain.
ii- Abu sentiasa berusaha dengan gigih untuk mengembangkan perniagaannya. Dia memulakan perniagaan dengan menjual majalah dan surat khabar, kemudian menjual buku-buku dan alat tulis. Kini, kedai Abu semakin banyak menjual barang untuk keperluan harian masyarakat di tempatnya.
iii- Kamal terlalu boros dan suka berbelanja dengan mewah. Wang simpanannya telah habis dibelanjakan. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat.

6)       i- Pada mulanya beliau hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur, iaitu pada awal tahun 1990. Namun kini, dengan berkat usahanya yang gigih, beliau telah menjadi Pengarah Urusan di syarikatnya sendiri. Beliau percaya bahawa
ii- Sejak tahun 1995, sedikit demi sedikit Ahmad mengusahakan keropok lekornya sendiri secara kecil-kecilan. "....., biarlah aku mulakan dengan modal yang sedikit," bisik Ahmad.
iii- Pada peringkat awal Fatimah membuka gerai menjual pisang goreng di simpang tiga jalan yang agak sepi. Apabila melihat kejayaannya, ramai insan lain mula menceburkan diri dalam lapangan tersebut. Kini, gerai di kawasan itu .

jawapan:    B

1.(i) Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. (ii) Seperti burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung.(iii) Ukur baju di badan sendiri.
2. (i)masuk telinga kanan keluar telinga kiri (ii) bagai melepaskan batuk di tangga (iii)mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih
3. (i) -belakang parang kalau diasah lagikan tajam  (ii) -biduk lalu kiambang bertaut (iii) -yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran/ mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
4. (i) Biar lambat asalkan selamat / pandu cermat jiwa selamat. (ii) Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.  (iii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
5. (i) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya (ii) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain (iii) Sudah terhantuk baru tengadah
6. i. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. ii. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.  iii. Bak cendawan tumbuh selepas hujan.