Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat tersebut.
1) i- Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.
ii- Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.
iii- Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.

2) i- Sherin sekadar mendengar leteran ibunya tetapi tidak pernah menghiraukan kata kata ibunya itu..
ii- Semua kerja yang dibuat oleh Mun Chew ala kadar sahaja dan tidak dilakukannya dengan bersungguh-sungguh.
iii- Puan Anisa selalu menceritakan keburukan jiran-jirannya, sedangkan tingkah lakunya yang buruk tidak disedarinya
3) i- Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar setiap hari dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat menguasai pelajaran setanding dengan rakan-rakan di kelas cemerlang.
ii- Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran lelaki yang mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri.
iii- Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan kehilangan jawatan yang sedia ada.

4) i- Sikap tergesa-gesa pasti mengundang mala petaka jika tidak berhati-hati ketika berada di jalan raya. Ingatan inilah yang perlu disematkan dalam minda para pemandu, penunggang dan pengguna jalan raya.
ii- Duit raya yang diterima oleh kanak-kanak wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan cara menyimpannya di dalam bank untuk masa depan mereka. Amalan menabung merupakan satu tindakan yang baik dan mengajar seseorang berjimat cermat.
iii- Aktiviti bergotong-royong yang dilakukan oleh. penduduk kampung tersebut berjaya menarik penyertaan lebih 150 penduduk pelbagai peringkat umur. Aktiviti seumpama ini merupakan satu titik permulaan bagi menyemai nilai murni di samping dapat mengukuhkan hubungan semangat kejiranan sesama mereka.

5) i- Kehidupan Pak Ali sebagai penarik beca roda tiga di bandar itu amat daif, lebih-lebih lagi orang ramai semakin kurang menggunakan perkhidmatannya. Namun, dia enggan mencari kerja lain dan tidak yakin boleh membuat kerja lain.
ii- Abu sentiasa berusaha dengan gigih untuk mengembangkan perniagaannya. Dia memulakan perniagaan dengan menjual majalah dansurat khabar, kemudian menjual buku-buku dan alat tulis. Kini, kedai Abu semakin banyak menjual barang untuk keperluan harian masyarakat di tempatnya.
iii- Kamal terlalu boros dan suka berbelanja dengan mewah. Wang simpanannya telah habis dibelanjakan. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat.
ii- Abu sentiasa berusaha dengan gigih untuk mengembangkan perniagaannya. Dia memulakan perniagaan dengan menjual majalah dan
iii- Kamal terlalu boros dan suka berbelanja dengan mewah. Wang simpanannya telah habis dibelanjakan. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat.
6) i- Pada mulanya beliau hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur , iaitu pada awal tahun 1990. Namun kini, dengan berkat usahanya yang gigih, beliau telah menjadi Pengarah Urusan di syarikatnya sendiri. Beliau percaya bahawa
ii- Sejak tahun 1995, sedikit demi sedikit Ahmad mengusahakan keropok lekornya sendiri secara kecil-kecilan. "....., biarlah aku mulakan dengan modal yang sedikit," bisik Ahmad.
iii- Pada peringkat awal Fatimah membuka gerai menjual pisang goreng di simpang tiga jalan yang agak sepi. Apabila melihat kejayaannya, ramai insan lain mula menceburkan diri dalam lapangan tersebut. Kini, gerai di kawasan itu .

jawapan: B
1.(i) Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. (ii) Seperti burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung.(iii) Ukur baju di badan sendiri.
2. (i)masuk telinga kanan keluar telinga kiri (ii) bagai melepaskan batuk di tangga (iii)mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih
2. (i)masuk telinga kanan keluar telinga kiri (ii) bagai melepaskan batuk di tangga (iii)mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih
3. (i) -belakang parang kalau diasah lagikan tajam (ii) -biduk lalu kiambang bertaut (iii) -yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran/ mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
4. (i) Biar lambat asalkan selamat / pandu cermat jiwa selamat. (ii) Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. (iii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
5. (i) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya (ii) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain (iii) Sudah terhantuk baru tengadah
6. i. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. ii. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. iii. Bak cendawan tumbuh selepas hujan.
No comments:
Post a Comment